FLORIA 2018 KVDLM MERANGKUL ANUGERAH "ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD" Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 05 September 2018 11:45

Pada 25 Ogos hingga 2 September 2018, Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan sekali lagi telah menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau FLORIA Diraja Putrajaya 2018 untuk kali yang ke-10 di Anjung Floria Event Centre, Presint 4, Putrajaya yang bertemakan “10 Kegemilangan FLORIA” atau “10 Wonders of FLORIA”.

Seramai 41 pelajar yang terdiri daripada 38 pelajar Tahun 2 Diploma Seni Bina Landskap dan 3 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Landskap Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja telah menyertai pertandingan senireka taman peringkat university dan kolej dan telah dianugerahkan pingat ECO-FRIENDLY GARDEN AWARD. Pelajar-pelajar ini telah di bimbing oleh pensyarah mereka iaitu Pn Roshidah binti Mohd Zin dan Pn Sharifah Amirah Binti Syed Ali. Sebanyak 19 insitusi pengajian tinggi telah terlibat dalam pertandingan ini antaranya adalah UCAM, UKM, POLITEKNIK, IUKL dan lain-lain.

Pasukan Landskap KVDLM Tampil dengan konsep “KEAJAIBAN KEBEBASAN” sebagai tema Floria kali ini dengan Kemerdekaan Malaysia yang ke- 61 membawa ingatan akan kegigihan para pejuang menentang penjajah dengan menjadikan Malaysia Negara bebas dan berdaulat. Konsep ‘Keajaiban Kebebasan” ini mencerminkan kuasa rakyat yang besar dalam membawa perubahan kepada sistem tampuk pemerintahan terhadap kebebasan bersuara. Struktur bunga raya berwarna merah melambangkan keteguhan politik dan perpaduan serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip rukun Negara. Ia menjadi lambang pelbagai bangsa dan agama di bawah satu payung.

Selain itu, Struktur keris beraja adalah  lambang alat kebesaran Negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Dimana ia lambang kekuasaan dan kebesaran Raja yang tersendiri. Dua Struktur buluh yang diletakkan dihadapan dan belakang tapak menunjukkan badan perundangan parlimen yang terdiri dari dewan rakyat dan dewan Negara dimana semua ahli merangka dan mengusul perundangan Negara.Tema Floria Diraja Putrajaya Kaliin adalah 10 keajaiban floria bersempena dengan ulang tahun ke-10 Floria Diraja. Di mana Kali ini, terdapat 8 jenis bunga-bungaan yang pernah digunakan pada tahun-tahun sebelumnya sejak 2007.  Antaranya,  bunga raya, lili, begonia, orkid, bunga kertas, kekwa , helicornia dan ros. Dalam pada ini, acara pembukaan Floria Diraja ini juga telah berlangsung dalam minggu kemerdekaan Malaysia  dengan itu ternamalah konsep  taman “Keajaiban Kebebasan” ini.

 Struktur binaan kebanyakannya di inspirasi dari sejarah dan pembangunan Negara telah memberi satu nafas baru kepada rekabentuk taman yang dibina. Secara tidak langsung dapat mengembalikan memori saat-saat kemerdekaan dikecapi dan kemajuan pembangunan negara sekarang. Bagi mengekalkan ekosistem, elemen penggunaan barangan terpakai dan bahan yang boleh dikitar semula digayakan kembali dalam bentuk yang berbeza. Ia turut menghasilkan efek yang mempesona dan menawan apabila melangkah masuk ke kawasan ini. Penggunaan bahan kitar semula dalam penghasilan DIY dekorasi hiasan dalam taman yang mengagumkan sekaligus memberi idea dan kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai alam sekitar.

Penyertaan kolej dalam pertandingan ini mampu mencungkil dan mengetengahkan idea pelajar serta kemahiran yang ada terutama dalam bidang senibina landskap. Ternyata  Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja sememangnya mampu berdiri sama tinggi dengan institusi pengajian tinggi yang lain  walaupun kolej ini baru saja melalui peringkat transformasi pendidikan Negara.

    

 

  

 

  

  

  

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 05 September 2018 12:33