470 pelajar KVDLM berjaya melaksanakan Kempen "Hour of Code" 2018 Cetak
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 10 Ogos 2018 11:51

Pada 30 Julai 2018 hingga 10 Ogos 2018, Unit Teknologi Maklumat telah melaksanakan Kempen “Hour of Code” 2018. Seramai 470 orang pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja telah berjaya melaksanakan kempen ini dan meperolehi sijil masing-masing. Pelajar seronok mengenali asas pengaturcaraan dan pengekodan sambil bermain “game” yang disediakan.

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains. Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.

            Pelan lanjutan kolej untuk meneruskan atau membudayakan aktiviti “coding” dan pengaturcaraan sekolah dengan mangadakan pertandingan antara pelajar sekolah. Pelajar perlu mengatur langkah pergerakan dengan menggunakan “maze”. Pelajar perlu mencipta “coding” berdasarkan maze yang diberikan. Kemudian siapa yang langkahnya lebih sikit dan mencapai matlamat akan dikira sebagai pemenang. Permainan menggunakan bahan dan manusia. Setelah pelajar memahami, barulah pelajar dapat menggunakan permainan “coding secara online”.

Pengunjung yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh melayari pautan http://hourofcode.com/us/learn.

  

 

 

  

  

  

Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 14 Ogos 2018 10:17