SOFBAL KVDLM JUARA 5 KALI |
Ditulis oleh Administrator |
Khamis, 30 April 2015 13:24 |
KVDLM 9 April 2015 - Pasukan Sofbal Perempuan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja (KVDLM) muncul sebagai juara lima tahun berturut-turut dalam Pertandingan Sofbal Voktek Zon Negeri Sembilan Melaka yang berlangsung di padang Kolej Vokasional Jasin, Melaka. Pada perlawanan akhir pasukan softbal KVDLM telah membaham pasukan sofbal dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dengan skor 13-6 yang pernah bertembung di peringkat pusingan awal dengan KVDLM. Menurut jurulatih KV Dato’ Lela Maharaja , Azizol Aziz berasa bersyukur kerana hasil latihan yang berterusan pemain dapat mengekalkan kejayaan lima tahun berturut-turut. Pasukan sofbal KVDLM berazam untuk mengekalkan kejuaraan VOKTEK Kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada bulan Mei in. Oleh itu persiapan lebih rapi dan perancangan lebih mantap perlu bermula dari sekarang kerana pertandingan peringkat kebangsaan lebih mencabar dan sengit katanya yang ditemui di sini. “ Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan setugas Ust. Muhammad, Sharifah Amirah dan para pemain” katanya. |
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2015 22:03 |