Pelancaran "Flea Market" Anjuran MPP PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 09 Mac 2018 10:15

Pada 9 Mac 2018 telah diadakan Pelancaran "Flea Market" di Dataran Kejat KVDLM. Program ini di anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KVDLM. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Hjh Minah binti Ahmad, Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Pn Hjh Minah telah mendermakan tiga helai baju kurung miliknya. Baju tersebut telah diserahkan kepada Saudara Azri penyelaras Program "Flea Market", kemudian baju ini telah dibeli oleh Ustazah Nurfadhilah dengan harga RM10. Baju tersebut telah disumbangkan kepada tiga orang pelajar. Duit hasil jualan tersebut telah dimasukkan ke dalam tabung MPP bagi membiayai aktiviti / program MPP.

Flea Market atau lebih mudahnya digelar pasar lambak merupakan satu program yang diadakan oleh MPP bagi mengisi dananya. Pensyarah atau sesiapa sahaja boleh menderma baju kurung atau baju melayu kepada MPP. Seterusnya MPP akan menjual baju tersebut. Hasil daripada jualan baju tersebut akan dikumpulkan ke dalam tabung MPP KVDLM bagi membiayai aktiviti atau program pelajar di KVDLM.

  

   

  

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 09 Mac 2018 10:40