LAWATAN PROGRAM AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN KE INSTITUT VETERINAR MALAYSIA PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 06 Mei 2015 22:26

Pensyarah dan Pelajar tahun 2 Program Agroindustri Ternakan Ruminan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Kluang pada 28 April 2015 (Selasa). Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Ku Mahiran, penyarah Program Agroindustri Ternakan Ruminan KVDLM.

Menurut Ku Mahiran, lawatan ini telah menambah pengetahuan pelajar dan pensyarah dalam bidang ternakan ruminan di Malaysia. Pensyarah dan pelajar dapat mengetahui cara pengurusan ladang ternakan lembu yang sebenar serta telah mempelajari kaedah-kaedah pengurusan dan penjagaan anak ternakan ruminan.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2015 22:42