SOFBAL KVDLM JUARA 5 KALI PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 30 April 2015 13:24

KVDLM 9 April 2015 - Pasukan Sofbal Perempuan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja (KVDLM) muncul sebagai juara lima tahun berturut-turut  dalam Pertandingan Sofbal Voktek  Zon Negeri Sembilan Melaka  yang berlangsung di padang Kolej Vokasional Jasin, Melaka.

Pada perlawanan akhir pasukan softbal KVDLM telah  membaham  pasukan sofbal dari Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar  dengan skor 13-6    yang pernah  bertembung di peringkat pusingan awal  dengan KVDLM. 

Menurut jurulatih KV Dato’ Lela Maharaja , Azizol Aziz  berasa bersyukur kerana hasil latihan yang berterusan  pemain dapat mengekalkan kejayaan lima tahun berturut-turut. Pasukan sofbal KVDLM berazam untuk mengekalkan kejuaraan VOKTEK Kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada bulan Mei in. Oleh itu persiapan lebih rapi dan perancangan lebih mantap perlu bermula dari sekarang kerana pertandingan peringkat kebangsaan lebih mencabar dan sengit  katanya yang ditemui di sini. “ Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan setugas Ust. Muhammad, Sharifah Amirah dan  para pemain” katanya.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 06 Mei 2015 22:03