LAWATAN AQUARIA - DISCOVERY HUNT PROGRAMME PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 26 April 2015 15:44

Pada 27 Mac 2015 Unit Akuakultur KVDLM telah mengadakan lawatan ke Aquaria KLCC sempena Discovery Hunt Programme yang telah diadakan di sana. Lawatan terdiri daripada pelajar tahun 1 DVM Akuakultur dan tiga orang pensyarah iaitu Pn Faridah, Pn Norarmiza dan Pn Erlia Izzati. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman baru kepada pelajar khususnya dalam pengurusan ternakan dalam pelbagai situasi.

Semasa lawatan pelajar telah didedahkan dengan cara pengurusan ternakan di Aquaria yang merupakan satu tempat pemuliharaan pelbagai spesis hidupan air tawar dan air masin. Ia termasuklah cara pemberian makanan, penukaran air dan sebagainya. Selain itu, pelajar telah diberi peluang menyertai DISCOVERY HUNT PROGRAMME, dimana pelajar perlu mencari maklumat dalam ruang pameran Aquaria dan menjawab soalan kuiz dalam bahasa inggeris. Pihak Aquaria juga telah memberi hadiah kepada beberapa orang pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

Kesimpulannya, lawatan ini telah memberi ilmu baru kepada semua pensyarah dan pelajar mengenai pengurusan secara ekslusif di Akuaria dan akan cuba mempraktikkan di kolej.

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 26 April 2015 16:16