KURSUS PEMOTONGAN TANDUK, RAWATAN KUKU DAN TEKNIK IKATAN TERNAKAN LEMBU PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 24 April 2015 16:32

Pada 2 April 2015 bertempat di Ladang Ternakan Ruminan Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah diadakan Kursus Pemotongan Tanduk, Rawatan Kuku dan Ikatan Ternakan Lembu bagi guru dan pelajar Program Agroindustri Ternakan Ruminan (ATR) KVDLM.

Kursus telah disampaikan oleh En Mohd Helmy bin Mahroob, Pegawai Veterinar Negeri Sembilan. Kursus diadakan bagi memperkasakan bidang vokasional pertanian khasnya didalam pembelajaran penternakan haiwan ruminan. Perlaksanaan kursus ini adalah amat penting kepada tenaga pengajar dan pelajar Program Agroindustri Ternakan Ruminan yang perlu didedahkan dengan situasi sebenar pelaksanaan kurikulum berasaskan penternakan haiwan ruminan bagi menambahkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam bidang yang diceburi.

Menurut Pn Ku Mahiran penyelaras kursus, kursus ini telah dapat menambah kemahiran beliau dan tenaga pengajar program ATR dalam membuat pemotongan tanduk dan kuku ternakan ruminan dengan lebih baik.

 

Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 26 April 2015 14:19