RAGBI KVDLM NAIB JUARA CUP PIALA TUNKU NAQUIYUDDIN PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 18 April 2014 16:18

KUALA PILAH, 12 April 2014 - Pasukan Ragbi KVDLM julung kalinya memasuki perlawanan akhir dan memenangi Naib Juara Ragbi 7's Sekolah-sekolah Negeri Sembilan untuk merebut Piala Tunku Naquiyuddin. Kejohanan edisi ke-17 ini telah berlangsung di Padang Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah sebagai gelanggang pertandingan kumpulan. Acara akhir telah berlangsung di padang SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Tiga puluh dua (32) sekolah telah menyertai kejohanan kali ini.

Menurut Fadhil Mokhtar, jurulatih dan pengurus ragbi KVDLM, mengikut strategi dan arahan jurulatih menjadi faktor utama pasukan Ragbi KVDLM menjadi juara kumpulan dan melayakkan bertanding dalam kategori Cup seterusnya menjadi Naib Juara kali ini. Pada perlawananan separuh akhir KVDLM telah menewaskan  juara bertahan Sekolah Menengah King George V (KGV) sebelum kita kalah pada aksi akhir dengan Sekolah Sukan Pendeta Za'ba 14 -7. Selaku Naib Juara Piala Tunku Naquiyuddin kita layak menyertai Kejohanan Antarabangsa Royal Sevens yang dijadualkan pada julai ini. Amirul Rashidin (3ATN) dan Mohd Nazmi Roslan (3 Mekanisasi) telah terpilih menjadi pemain terbaik kejohanan.

Usaha Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan untuk melahirkan pemain-pemain ragbi yang berpotensi di peringkat sekolah telah mendapat kerjasama dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Kejohanan ini menjadi landasan bagi melahirkan pemain-pemain berbakat untuk mewakili negeri khususnya dan negara amnya.

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 18 April 2014 17:01