SOFBAL KVDLM JUARA 4 KALI PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 April 2014 17:09

KVDLM 7 April 2014 - Pasukan Sofbal Perempuan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja (KVDLM) muncul sebagai juara empat tahun berturut-turut  dalam Pertandingan Sofbal Voktek  Zon Negeri Sembilan Melaka  yang berlangsung di padang KVDLM di sini petang semalam.

Pasukan softbal KVDLM  membaham  pasukan sofbal dari Kolej Vokasional  Kuala Klawang  dengan skor 13-1    yang pernah  bertembung di peringkat pusingan awal  dengan KVDLM tewas. Namun dalam peringkat akhir , pasukan KVDLM berjaya membalas dendam dan  memperlihatkan strategi yang sangat berkesan.  Sebanyak 7  pasukan bertanding dalam kejohanan Voktek ZON Negeri Sembilan Melaka  pada kali ini yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada KV Dato’ Lela Maharaja, KV Kuala Klawang, dan KV Port Dickson.

Manakala pasukan B diwakili oleh  SMT Tuanku Jaafar , SMT. Bukit Katil, KV. Melaka Tengah dan KV Jasin. Naib juara dimenangi oleh Kolej Vokasional Kuala Klawang, tempat ke tiga  SMT Tuanku Jaafar dan tempat ke empat  KV Melaka Tengah. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah KV Dato’ Lela Maharaja, Mohd Joned Musa dalam satu majlis yang penuh meriah.

Menurut jurulatih KV Dato’ Lela Maharaja , Azizol Aziz  berasa bersyukur kerana hasil latihan yang berterusan  pemain dapat mengekalkan kejayaan empat tahun berturut-turut. Lebih bermakna  peringkat kebangsaan  akan berlangsung di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja pada 3 hingga 7 Jun akan datang. Oleh itu persiapan lebih rapi dan perancangan lebih mantap perlu bermula dari sekarang kerana pertandingan peringkat kebangsaan lebih mencabar dan sengit  katanya yang ditemui di sini. “ Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan setugas Azzri Kimun , Sharifah Amirah dan  para pemain” katanya.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 17 April 2014 17:25