PENSYARAH KV GEMBIRA TAMAT KURSUS PP-PPD-PPB PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 17 April 2014 11:24

REMBAU 6 April 2014 – Pensyarah dari Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau  telah berjaya menamatkan  kursus Pegawai Penilai, Pegawai Pengesahan Dalaman dan Pengurus Pusat Bertauliah atau  lebih dikenali PP-PPD-PPB yang telah disampaikan oleh pegawai dari CIAST petang   semalam.

    Menurut Penyelaras Kursus , Nazri Ujang  peserta kursus dari KLVDLM merupakan majoriti peserta  paling ramai iaitu 19 orang. Kursus ini turut dihadiri oleh 8 orang pensyarah dari Kolej Vokasional Teluk Intan , 5 orang pensyarah Kolej Vokasional  Kuala Klawang  dan 4 orang daripada agensi swasta yang telah diadakan sejak  5 April yang lalu di bilik Sanggar Ilmu KVDLM.

“ Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memahami sistem   pengrekodan dan dokumentasi serta mengetahui kaedah penilaian terhadap prestasi pelajar kolej.

Di samping itu juga untuk memenuhi syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) , Pegawai Pengesahan Dalaman  (PPD) atau  Pengurus Pusat Bertauliah. (PPB). “ katanya mengulas kepentingan kursus ini bagi mengambil Vocational Trainning Officer  VTO pada Kursus ini telah disampaikan oleh Nadzron Hamid@ Majid  dan Norazman Ahmad pegawai dari  Pusat Latihan dan Tenaga Pengajar  Lanjutan  CIAST.

- Sumber Berita: Nazri Ujang -