Sejarah Kolej PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 09 April 2011 22:13

Pada tahun 1958, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan Kampung kemudian sekolah ini bertukar kepada Sekolah Pertukangan Luar Bandar pada tahun 1961. Sekolah Latihan Perusahaan ini menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Sekolah ini telah dibuka secara rasminya oleh Yang Amat Mulia Undang  Rembau pada 25 Jun 1958.



Lencana Sekolah Lama

Bergambar Berlatarbelakangkan Bangunan UFO

Pada tahun 1969, sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Vokasional Pertanian. Pada tahun 1999, sekolah telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Pertanian di bawah pengstrukturan Sekolah Menengah Vokasional dalam bidang pertanian. Manakala, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di bawah aliran teknikal yang mula ditawarkan pada tahun 1999. Bermula pada tahun 2002, Pengajian Agroteknologi ditawarkan. Pada Februari 2003, sekolah ini sekali lagi ditukarkan kepada Sekolah Menengah Teknik Dato’Lela Maharaja sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Kursus lain yang ditawarkan seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan  Awam telah ditawarkan.

 

Daripada segi kemudahan, terdapat bangunan pentadbiran, bangunan akademik yang memuatkan bilik darjah dan makmal-makmal serta bengkel-bengkel, perpustakaan, bilik alat pandang, bilik gerakan, surau dan sebagainya. Kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang boleh memuatkan seramai 750 orang pelajar yang telah siap dibina pada tahun 2003, surau, dewan makan dan dapur serta kediaman guru.

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 15 Julai 2013 09:26