PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN SATU SESI 2014: SEJARAH KVDLM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 24 Januari 2014 11:58

Tahniah diucapkan kepada pelajar baru Tahun Satu sesi 2014 yang telah mendaftar pada 20 Januari 2014 yang lalu. Sesi pembelajaran tahun ini mebuka lembaran baru sejarah KVDLM apabila kali pertama KVDLM mempunyai tiga kohort pelajar.

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pelajar mengambil nombor giliran di kaunter pendaftaran.Pada jam 9.00pagi tayangan video koperat KVDLM telah ditayangkan kepada ibubapa yang hadir di dewan KVDLM. Seterusnya taklimat pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja yang telah menerangkan tentang kolej dan program diploma di KVDLM. Seterusnya ucapan oleh wakil penjaga pelajar baru dan upacara simbolik iaitu wakil penjaaga telah menyerahkan anak pokok kepada Pengarah Kolej yang membawa maksud ibubapa menyerahkan anak-anak mereka kepada kolej untuk dididik dan diasuh sehingga menjadi seorang yang berjaya. Diharapkan dengan adanya keluarga baru KVDLM ini akan menjadikan KVDLM lebih gemilang

Searamai 110 orang pelajar tahun 1 telah mendaftar pada majlis tersebut. Pendaftaran Tahun 1 KVDLM ambilan ke dua akan diadakan pada 27 Januari 2014 (Isnin).

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 24 Januari 2014 12:36