SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H / 2014 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Isnin, 20 Januari 2014 09:43

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia. Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema Sambutan " "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Tidak ketinggalan kolej kami turut meraikan sambutan ini pada 16 Januari 2014 bagi memperingati junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu Sepanduk Terbaik, Selawat Terbaik dan Kumpulan Terbaik. Tahniah diucapkan kepada yang menang dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Semangat memperingati Rasulullah itu adalah lebih penting dari kemenangan. Berikut adalah senarai pemenang:

Sepanduk Terbaik: 2 Landskap

Selawat Terbaik: 2 Akuakultur

Kumpulan Terbaik: 2 Agroindustri Ternakan Ruminan

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 20 Januari 2014 12:49