Unit Psikologi dan Kerjaya KVDLM terima Anugerah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah 2018 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 05 Julai 2018 11:12

Tahniah di ucapkan kepada Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya, Pn Siti Nurhuda binti Yaakob dan dibantu oleh Pn Nurul Hafiza binti Mohd Amin kaunselor KVDLM kerana Unit Psikologi dan Kerjaya KVDLM telah dinobatkan sebagai penerima Anugerahkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Hari Guru Daerah Rembau 2018 pada 2 Julai 2018 di Dewan Perpatih PPD Rembau.

Majlis anugerah kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhamad Sharip bin Hj Othman, Undang Luak Rembau.

Diharapkan anugerah ini akan dapat menjadi pemangkin pada unit kaunseling KVDLM untuk menjadi lebih cemerlang.

   

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 05 Julai 2018 12:43