Taklimat Latihan Industri (On Job Training) Pelajar 2 DVM PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 09 Mac 2018 09:51

Pada 7 Mac 2018, bertempat di dewan KVDLM telah diadakan Taklimat Latihan Industri (OJT) kepada pelajar Diploma tahun 2. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Yusni binti Abdul Murad, Timbalan Pengarah Akademmik dan Pn Sharifah Hafzan binti Shahidin, Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri KVDLM.

"On Job Training" (OJT) adalah satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma di semua Kolej Vokasional. Bertujuan untuk mendedahkan bakal graduan kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap mampu kerja. OJT diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang sedia ada di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mempertingkatkan kebolehpekerjaannya.

Semasa taklimat ini pelajar 2 DVM KVDLM telah malafazkan Aku Janji bagi menjalankan OJT pada sesi 2018/2019.

       

 

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 09 Mac 2018 10:15