BENGKEL PENULISAN RESUME PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Rabu, 07 Mac 2018 08:45

Pada 6 Mac 2018, satu bengkel Penulisan Resume yang dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah diadakan di Dewan KVDLM bagi pelajar Diploma tahun akhir. Bengkel ini dikendalikan oleh jemputan khas pegawai dari Jobs Malaysia iaitu En Mohd Azman bin Mohd Rabai. Program ini merupakan persediaan kepada para pelajar tahun akhir yang akan bergraduat dan akan menjalankan latihan industri kelak. Penekanan tentang teknik dan kaedah penulisan resume yang betul telah diberikan. Selain itu, penekanan dari sikap dan ketrampilan juga telah diberi memandangkan isi tersebut didapati semakin membimbangkan di kalangan graduan masa kini dan menjadi satu punca mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

 

 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 07 Mac 2018 09:01