LARIAN AMAL JOGATHON 2018 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 22 Februari 2018 16:09

Larian Amal Jogathhon 2018 KV Dato' Lela Maharaja telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Februari 2018. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pada Larian Amal Jogathon 2018 kali ini terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pelajar lelaki, kategori pelajar perempuan dan kategori terbuka.

 

Acara dimulakan dengan sesi pemanas badan yang diketuai oleh Cik Nabila. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, pelajar lelaki dilepaskan dan 10 minit kemudian pelajar perempuan dan peserta kategori terbuka dilepaskan. Semua peserta kelihatan teruja dan bersemangat memulakan larian dalam keadaan cuaca yang cerah dan amat baik. Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada semua pensyarah yang bersama-sama melaksanakan tugas dengan jayanya.

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 22 Februari 2018 16:26